HARUSKAH POLITIK ITU JADI KOTOR???

Makin hari makin bosan lak aku tgok hal2 politik nih.. sini gaduh sana maki.. baiklah korang buat keje dari korang duk bercakap jek.. xde faedah pun.. yg paling teruk bangsa aku sendiri.. masa solat pun kita wajib rapatkan saf tapi kenapa demi perpaduan bangsa kita korang tak boleh buat? aku selalu mengenangkan nasib anak aku satu hari nanti.. masih boleh ke dia tinggal di bumi dia sendiri satu hari nanti??? kenapa berpuluh tahun kita boleh hidup aman damai dalam komuniti berbilang kaum tetapi setelah 50thn kita Merdeka kita dah panas punggung.. masing2 nak tunjuk hebat?? kenapa sebelum ni kita boleh terima kepimpinan kerajaan dan dalam masa sama kita masih boleh terima pendapat pembangkang?? tapi kenapa sekarang tak boleh?? apa masalah sebenarnya?

Sampai satu tahap aku rasa perlu tukar atau buang semua pemimpin2 lama.. tak kiralah dalam kerajaan mahupun pembangkang.. biar kami generasi muda dan moden ni yg mentadbir.. korg yang lama2 dan yg dah tua2 tu duduk rumah main dengan cucu.. bukan apa memang dah jadi adat manusia, makin lama ada kuasa makin lupa diri.. cuma ingat perut sendiri! jangan ingat kami yg muda nih tak boleh jaga dan kekalkan keamanan Negara yg kami cintai ini.. jangan ajar kami jadi kurang ajar... sepatutnya didik kami menjadi pewaris yg berguna..

Aku sekadar mencetuskan pendapat kerana MALAYSIA ini tanah tumpah darahku.. aku berhak hidup aman damai dan bergembira kerana aku warganegara yang sah dan mempunyai kad identiti... jangan kotorkan politik seharusnya warnai politik dengan warna2 yang damai.... PEACE NO WAR!

Comments

Popular Posts