LAUGH MAKE PERFECT!
DEMAM SEJUK
Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta2 orang kenamaan jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi al-Fatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang tu pun disoalsiasat oleh polis, "Cuba ceritakan apa yang sebenarnya terjadi supaya mudah untuk kami melanjutkan penyiasatan... "
"Mmmm... .entah lah yer, seingat saya, bila kami sampai pada ketinggian 30,000 meter tetiba terasa teramatlah sejuk cam nak demam. Jadi saya pun matikanlah kipas helikopter tu... ."
JAM TANGAN
Seorang lelaki telah pergi ke kedai jam untuk membaiki jam tangannya.
Setelah melihat sekali imbas, si pembaiki jam bertanyakan tentang harga jam itu.
"Seribu ringgit, " jawab lelaki itu dengan bangga.
"Awak telah ditipu, ini jam tiruan, bukan asli. Di mana awak beli?"
Dengan perasaan marah lelaki itu menjawab... " Di sinilah! "
ANJING ROCK
Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang, memerlukan stamina yang cukup! Anjing A training rabak habis-habisan.... Anjing B pulak relax jer. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan si anjing B nie pulak yang sampai lebih awal dari anjing A, padahal anjing A yang lebih teruk training... .
Anjing A pun tak puas hati membara sampai nak terbakar tapi anjing B pun dengan rock habis berkata "Relax la beb, aku nie kan... Anjing Laut.."
ADUH KETATNYERRRR...
Seorang pengantin perempuan sedang disiapkan oleh mak andam.Malangnya,kasut untuk perkahwinannya telah hilang. Nasib baik adik perempuannya ada sepasang kasut dan Meminjamkan kasut itu kepadanya.Macammana pun kasut itu sempit dan tak berapa muat untuk dipakai oleh pengantin perempuan. Sebab dah tak ada kasut lain, maka terpaksalah pengantin perempuan memakai kasut tersebut.Sepanjang majlis itu pengantin perempuan terpaksa menahan sakit, tapi dia masih dapat mengontrol kejelitaan ditengah majlis itu.
Sebaik tamat majlis bersanding, pengantin lelaki dan perempuan masuk ke dalam bilik tidur. Perkara pertama yang hendak dibuat oleh pengantin perempuan ialah menanggalkan kasut milik adiknya itu.Kakinya pedih tak tertahan. Ketika itu keluarga lelaki dan perempuan berada tidak jauh dari bilik tidur mereka.Alangkah terperanjat mereka bila mendengar bunyi suara perempuan mendengus dan mengerang kesakitan dari bilik pengantin. Tiba-tiba terdengar pengantin lelaki berkata, Osshh! Ketatnya! Keluarga kedua belah pihak tersenyum mendengar kata-kata pengantin lelaki.Ibu pengantin perempuan dengan bangga berkata kepada keluarga sebelah lelaki, Kan saya dah cakap, anak perempuan saya tu masih dara lagi..... Tak berapa lama kemudian terdengar pengantin perempuan menjerit kesakitan. Pengantin lelaki berkata, Akhirnya dapat juga cabut. Jangan takut sakit sikit je sayang. Kedua-dua keluarga bertambah hairan bila terdengar pengantin lelaki berkata, Mari cuba yang satu lagi. Yang ni abang rasa mesti lebih ketat. Jangan takut, kita buat perlahan-lahan. Sayang, tahan ye. eluarga kedua belah pihak berpandangan kehairanan..........
ahak..ahak...ahak......
moral: kena ler...standby...kasut kahwin 2 ker..3 ker..... Tak ler kalut macam kejadian di atas....
DUA-DUA CURANG
Seorang suami bernama Helmi sedang menelefon bekas kekasihnya bernama Ana.. yang juga merupakan isteri orang..
Ana : "Abang Mie... Jom la datang rumah... saya rindu la.. lagipun suami saya pergi keluar negara tadi.."
Helmi : "baiklah malam esok abang pergi tau... nanti pandai la abang tipu isteri abang tu.."
Ana : "Oh ya.. sebelum datang esok.. abang cukur misai kasi licin dulu ye..abang tahu kan saya suka lelaki yg baby-face."
Helmi : "Alamak... yang ni susah sikit.. isteri abang suka abang simpan misai ni nanti dia marah plak"
Ana : "Alaaa... abang ni nak jumpa saya ke tak nie?"
Helmi : "oklah.. oklah.. awak punya pasal.. apa saja saya sanggup"
Keesokan paginya, semasa Helmi hendak keluar untuk kepejabat dia telah memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam ini kerana ada mesyuarat penting... dan dipejabatnya.. Helmi telah mencukur misainya sampai licin..
Jam 4 pagi ketika Helmi balik kerumahnya... isterinya sudah tidur... Dengan perlahan Helmi salin baju dan naik ke tempat tidur... tiba-tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam kegelapan...dan berkata...
"Kenapa awak tak balik lagi Pak Jalil... sekejap lagi suami saya akan pulang..!!"
HANTU KOREK
Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis tidak kira siang atau malam mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran itu pastinya menganggu jiran tetangga.
"Kalau aku mati...aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau.." terdengar pekikan si Wahid.
Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya. Beberapa hari berlalu, Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari. Walaupun benci, tapi sebagai isteri, Minah telah menguruskan pengebumian suaminya dengan baik. Seminggu selepas itu, Jiran tetangga amat kehairanan melihat Minah yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya dahulu.
"Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?" tanya jirannya.
"Tidak !" jawab Minah. "Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah..!"
PINTU GARAGE
Alkisah ada seorang lelaki yang berusia lewat 50an dan bekerja sebagai CEO disebuah syarikat yang besar di KL...
Pada suatu hari tu... Boss ni memanggil la dia punya seketeri masuk ke ofisnya... seperti biasa
seketerinya pun masukla...
Tolong buatkan saya surat untuk kita punya client...
Si Boss ni pun mula la cakap dia punya mukadimahnya... biasa la Boss... malas nak tulis... cakap punya cakap... Boss ni pun bangun... dan berjalan-jalan pusing-pusing meja sambil tangan masuk dalam poket seluar...
10 minit kemudian acara mengarang ayat pun habis... si seketeri pun mula bersuara...
Seketeri : Boss... pagi tadi kan... masa saya nak datang ke Ofis... saya nampak pintu garage boss terbuka...
Boss : (Dalam keadaan kelam kabut) ye ke... tak apa, nanti saya call rumah... terima kasih...
Si seketeri pun blah balik ke meja dia... dan si Boss pun call rumah dia tanya wife dia...
Boss : Yang... tolong tengokkan garage rumah kita... pintu dia terbuka la...
Bini : Tak la bang... baru tadi saya tengok... mana ada terbuka...
Boss : Iye... terbuka... cuba pergi tengok semula.
Bini : Tidakkkkk, tertutup... saya tahu la bang...
Boss : Pergi la tengok... kalau tak terbuka macam mana orang boleh nampak?????
Bini : Okay la... okay la...
Setelah setengah jam kemudian... masa Boss ni tengah relek-relek... baru dia perasan yang zip seluar dia terbuka... (dah memang perangai dia tak suka pakai underware... ) maka nampaklah... mengelabahlah si Boss ni memikirkan mana macam nak cover malu kat seketeri dia tu... dan petang yang sama juga...
Boss : Errr... tadi pagi masa you nampak garage I terbuka... ada tak you nampak BMW kat dalam tu?
Seketeri : Tak... yang I nampak cuma ada 'Mini Cooper' dengan dua tayar depannya pancit!!!!!...
woakakaakakakaakakakkak.....
Moral: Jangan berlagak... dan pastikan sentiasa berunderware.
KALAU SAMPAI IPOH
Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.
Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni. Nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. Pasti dikejutkan!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi. Semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.
Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian… bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata."Oh sudah sampai ya!" Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah Kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"
HOTEL
Ada sorang makcik datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya. Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik yang makcik ni akan menginap. Si makcik mengikut pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, makcik tu melihat ke sekeliling dan marah-marah kepada pelayan tersebut.
"Anak muda, aku mungkin tua dan kekampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh! Aku bayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini bukanlah bilik yang sesuai dengan bayaran itu! Bilik ini begitu kecil, tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada!"
Dengan wajah yang boring, pelayan itu berkata "Makcik, ini lift lah!!!"
Tersebutlah kisah dua ekor hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborak la untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,
"Apsal kau ni asyik menggigil je?"
"Oh... cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab hantu B sambil menggigil lagi.
"Ooo..kesian...aku dulu mati sebab heart attack." Kata hantu A ramah.
"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal kau tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas hantu B.
"Dah, aku dah buat dah! In fact masa aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab hantu A sayu.
"Cerita la sikit..Sambil-sambil lepak nih.."
"Camni..aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik masa sesuai tangkap diorang."
"So, ko dapat la tangkap diorang?" tanya hantu B penuh minat.
"Tak. Aku cuma jumpa isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, masa aku masuk umah tu, aku nampak ada kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanya isteri aku tapi dia tak mau jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun..Last-last, sebab aku penat sangat berlari cari jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.
Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika hantu B berkata,
"Apasal kau tak cari kat dalam peti sejuk?"
3 SAHABAT
Ada tiga sahabat, satu kura-kura..satu lagi katak..yang last ulat gonggok. Suatu hari kura-kura mengundang dua temannya ke rumahnya buat jamuan kecil-kecilan. So..mereka bertiga buat le pesta kecil di rumah kura-kura. Setelah asyik borak, makan, minum and lain-lain...si kodok berkata, "Eh..dari tadi rasanya ada macam benda yang kurang la..korang perasan tak?....Ha ... patut..la rokok dah abis....... "
Kura-kura : Iya la..sorry la gua lupa lak standby satu....beli jer kat
warong depan tuh!
Katak: Apsal aku plak......kau kan tuan rumah.
Kura-kura: Ye la.... tapi bertahun la korang nak menunggu....siapa lagi cepat.
Katak: So kalau gitu mintak je ulat gonggok tolong....
Kura-kura: Oh iya ya..ulat gonggok tolong gi jap
Ulat Gonggok: Aiya.....korang aje la
Katak: Ala ..gi saja la kita orang dah undi kau
Akhirnya si Ulat gonggok pergi juga untuk membeli rokok. Si Katak dan Kura-kura menunggu ......
Lima minit menunggu...si Ulat gonggok tak tiba juga...10 minit..20
minit...satu jam...dan sampai tiga jam Ulat gonggok masih tak
timbul-timbul.
Katak: Ulat gonggok pegi mana hah tak sampai-sampai..?
Kura-kura: Iye la .. risau jugak, jom kita cari!
Katak: Jom..!
Bila jer kura-kura buka pintu...Ulat gonggok sudah pun berada di depan pintu.
Kura-kura: Hah tu pun dia..!
Katak: ...Mana rokoknya..mulut aku dah kering sangat ni..?
Ulat Gonggok: ..Apa rokok-rokok??...Aku jalan pun belum..!!
Katak: Haah! tak bergerak lagi? ...Jadi dari tadi buat apa...?
Ulat Gonggok: Yeeeeeeeeelaaaaa..korang tak nampak ke ni...aku tak abis lagi PAKAI KASUT..!!!!!
MENTOL
Pada suatu pagi, seorang pakar sakit jiwa terlihat salah seorang pesakitnya sibuk mengerjakan sesuatu. Bila dihampiri ternyata pesakit yang sedang khusyuk duduk dilantai, sedang menggergaji sekeping papan dengan tangan kosongnya. Seorang lagi sedang bergayut dari atas siling. Doktor itu pun merapati pesakitnya dan bertanya apa yang dibuatnya duduk dilantai.
"Apa doktor tak nampak ke? Kan saya sedang gergaji papan ni untuk dibelah dua?" jawab pesakit dengan nada marah.
"Apa pulak sidia ni buat bergayut kat siling?" tanya doktor sambil menuding jari ke pesakit yang lagi satu.
"Oh..Dia kawan baik saya, tapi dia tu tak betul sikit..Dia ingat dia tu mentol lampu!" jawab pesakit tadi.
"Kalau kawan baik awak, kenapa tak nasihatkan dia suruh turun. Supaya tak cedera kalau jatuh nanti!" soal doktor lagi.
"Abis tu, macam mana saya nak habiskan kerja saya dalam gelap nih?"
MANDIKAN KUCING
Seorang budak lelaki berusia dalam lingkungan 8 tahun membeli sekotak serbuk pencuci dari sebuah kedai runcit.
Pekedai: Banyak sangat ke pakaian nak dibasuh?
Budak: Saya nak mandikan kucing saya.
Pekedai: Eh..tak boleh gunakan serbuk ni, ia terlalu kuat untuk kucing awak, silap-silap kucing awak mati nanti.
Budak itu diam dan terus berlalu selepas membayar harga serbuk pencuci itu. Seminggu kemudian budak itu kembali ke kedai runcit tersebut.
Pekedai: Bagaimana kucing kamu?
Budak: Mati!
Pekedai: Kan saya dah kata...!
Budak: Tapi saya tak fikir serbuk itu yang membunuhnya.
Pekedai: Habis siapa yang membunuhnya?
Budak: Mesin basuh itu la..ia berpusing terlalu laju..!!!!
Comments
Post a Comment