PERKAHWINAN ~ apa yang diharapkan?



Menempuh gerbang perkahwinan adalah impian semua insan di dunia, tidak kira sempurna sifat atau sebaliknya seseorang insan itu tetapi keinginan untuk hidup berumah tangga adalah yang paling utama. 

Disebalik perkahwinan tersembunyi pelbagai cerita.. setiap pasangan suami isteri pasti ada cerita tak kira suka atau duka. Tak bermakna sesebuah perkahwinan itu tanpa sebarang cabaran dan pada pasangan perlulah pandai mengikut rentak.. kadang2 masalah yg kecil boleh jadi besar seandainya salah langkah maka berhati2lah.. 

Jesteru PERBINCANGAN adalah jalan penyelesaian yang terbaik sekiranya berlaku apa2 masalah dlm rumahtangga tetapi berapa ramai yg boleh ambil ini sebagai pendekatan??? kadang2 melalui perbincangan yg kecil pun boleh jadi besar.. mana tidaknya klu kedua2 pasangan tak mahu mengalah dan tak mahu kalah. Ramai beranggapan yang mudah mengalah adalah Si Isteri.. kenapa??? kerana Isteri adalah wanita... dan wanita sifatnya mudah mengalah... ibarat sekeras2 kerak nasi, direndam kedalam air.. lembut jua akhirnya.. :)


Tetapi apa sebenarnya yg kita harapkan melalui perkahwinan ini.. adakah kerana cinta yg terlalu mendalam di saat itu atau inginkan teman sehidup semati ataupun perlukan seseorang  menemani kita siang malam atau sekadar memenuhi tuntutan syariat Islam? Tepuk Dada Tanya Diri jawapannya... heheeheheheehe. Yg pasti setiap org berbeza jawapannya.. cinta yg dalam kalau tidak disemai setiap hari lama2 mungkin boleh hilang tetapi dalam Agama kita yg tercinta ini melalui perkahwinan dapat mengelakkan fitnah serta menghalang dari berlakunya maksiat.. jesteru klu dah menjadi tuntutan Agama kenapa perlu dilengah2kan..


Aku sebagai isteri...dari perkahwinan ini aku mengharapkan bimbingan dari seorang suami, juga mengharapkan sokongan fizikal dan mental dari suami.. mengharapkan kasih syg yg tak berbelah bahagi... mengharapkan keikhlasan serta mengharapkan kepercayaan.. apabila hilang kepercayaan maka hancurlah segalanya... Ya Allah Ya Tuhanku.. Kau panjangkan jodoh kami, Kau berilah kesihatan, rezeki dan permudahkanlah segala urusan kami.. Kau berilah kami rasa cinta setiap hari dan Kau kasihilah kami sepertimana Kau kasihi KekasihMu Muhammad Ya Rasulullah.. Amin...

Comments

Popular Posts