KELAHIRAN YANG DINANTI-NANTI OLEH 2 INSAN

Tanggal 09/02/2008 bermulalah episod baru dalam hidup aku bila En. Kamarul Shahid bin Shah Budin berjaya melafazkan akad nikah walaupun terpaksa ulang 2 kali... nervous agaknya... hehehe... sehari sebelum akad nikah aku asek memikirkan perjalanan hidup aku selepas bergelar seorang isteri... mampukah aku? akan bahagiakah aku? namun dengan kata hati aku, aku percaya kerana aku yg memilih jalan hidup ini... sajek nak share sikit gambo akad nikah kami yg sederhana di sebuah masjid di taman perumahan aku... huhuhu 




tulus dan kudus jek muka masa ni kan... tapi post ni bukan aku nak cerita pasal pengalaman aku jadi pengantin tapi nak cerita hal lain.. nanti aku sambung balik... dok gaduh ngan anak jap... nanti sambung...


ok2... lets sambung back..


Selepas nikah aku tinggal di Jerantut, en.suami aku stay kat Temerloh, terpaksa berpisah sebab aku posting di Jerantut, en.suami lak cari rezeki di Temerloh, bando ikan patin... mula2 mmglah tak rasa sgt pastu pikir2 balik lama manalah bertahan kan duk jauh2 ni... masa kat jerantut aku duk menyewa di Taman 410, mcm pelik kan nama Taman nih tapi yg uniknya taman ni dipanggil 410 sbb ada 410 unit rumah di kawasan taman ni... itu dari apa yg jiran2 citerlah... penduduk di Taman ni very nice... even sekejap jek aku tinggal disitu bnyk jugak perkara yg aku buat bersama org2 di taman nih... dorg sgt sepakat dan bekerjasama... dan tak lupa pada jiran aku yg sgt baik hati... teringat nasi ayam yg akak sebelah tu bagi... yummy :)


Dan di Jerantut jugaklah aku disahkan hamil 5 minggu itupun selepas aku balik dari Seminar Kecergasan Eksekutif di Rompin... aku mulanya rasa tak sedap badan, en.suami ajak pegi klinik, bila doctor bagitau aku hamil.. gila kau rasa nak melompat depan doctor tu jugek... nak jek aku cium doctor tu tapi kenapa lak  aku kena cium doctor kan? kenalah cium en.suami sebab dia yg menyebabkan aku hamil... hehehehe, disebabkan excited sgt smpi habis semua org aku call... kalau boleh satu dunia ni aku nak bagitau...


Tapi nasib tak menyebelahi aku dan en.suami, bila kandungan aku masuk minggu ke 6... satu hari kat opis aku tetiba rasa nak pitam, rasa meloya pun ada... aku tanya pada akak opis aku kenapa aku ada rasa nak pitam tapi akak opis aku kata itu normal utk org2 mengandung... so aku pun abaikan sbb mak aku pun cakap mcmtu jugek... alih2 nak masuk waktu rehat aku pegi toilet aku tgok ada darah turun... aku dah mula nak pitam balik... aku berlari masuk opis bagitau akak2 opis aku... dorg pun panik jugak pastu dorg bawak aku pegi klinik... kat klinik aku call en.suami... air mata tak payah cerita lah...dah berjujut2 turun... last doctor klinik tu refer aku ke Hospital jugak.. lepas en.suami datang, akak2 opis aku pun balik semula ke opis..


Masa di hospital doctor yg memeriksa bagitau aku miscarriage... tak tahu nak cakap apa lagik... macam nak tercabut nyawa... aku tgok en.suami pun mata dah berair... then aku dibawa masuk ke labor room utk dicuci... berlinang air mata aku bila aku tahu aku dah pun kehilangan zuriat aku... en.suami kat luar call bgtau family aku dan family dia... lepas siap dicuci aku admit ke ward selamat 3 jam utk berehat... then pada pukul 9.00 mlm aku dibenarkan balik... aku diberi cuti selama 2 minggu... utk pulih dari semua keadaan... fizikal dan mental!!!


Selepas kejadian aku dan en.suami jadi diam... tak bercakap, asek memalingkan muka... en.suami seakan marah pada aku, dia rasa macam aku tak jaga zuriat dia... jap2.. nanti sambung balik k... tak tahan sedih sgt...



JANGAN BERSEDIH DAN PUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH!
"Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya(Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".  (Surah Yusuf Ayat 87)


Sememangnya kami berdua mengharapkan kehadiran cahaya mata dalam hidup kami berdua... walaupun baru 5 bulan kami berkahwin dan aku disahkan hamil tapi kami berdua tak pernah rasakan itu begitu awal... bagi pasangan yg sudah berumahtangga kehadiran cahaya mata adalah yg dinanti2... tapi mungkin anak kami yg pertama ini bukan rezeki untuk kami... walaupun baru 6 minggu tetapi dari apa yg aku baca Para Ulama Islam bersepakat mengatakan "peniupan roh berlaku selepas empat puluh hari..."... Wallahualam... 

Bagi aku... "dia" tetap anak sulung kami... walaupun tanpa ada pusara untuk kami tabur bebunga wangi namun "dia" tetap ada dihati kami berdua... "sayang, walaupun ibu tak dapat melihat kamu sebelum kelahiranmu namun ibu dapat bayangkan betapa manisnya kamu...sucinya kamu...kalau kamu turut membayangkan ibu...tahulah olehmu sayang...betapa ibu rindukan kamu...kamu pernah menjadi sebahagian dari ibu...kamu juga jiwa raga ibu...

arhhh... kesedihan yg melampau, nak stop semula...sedih sgt... :(


20/01/2011 (Khamis)


Aku nak sambung balik story aku... setelah 2 bulan hal ini berlalu aku dan en.suami sekali lagi dikejutkan dengan khabar gembira bila aku disahkan hamil semula... mmg excited tahap gabanlah... nak tggu khabar gembira ni...boleh kata tiap2 hari gi farmasi beli Pregnancy Test... sampai tokey farmasi konfius...hehehee. aku dapat tahu aku hamil pun sbb berdasarkan alat tester tuh... aku call mak tanya tapi mak cakap jgn percaya sgt, tapi kami berdua mmg dah betul2 happy so kami decided utk pergi klinik utk check sama ada betul atau tak... 


so kami berdua pun pegilah klinik wanita di jerantut tu utk pastikan kesahihannya... then surprise... aku hamillllllllllll.. gila melompat aku kat depan doc tuh... seronok teramat sgt then doc suh aku ngan en.suami bawak bersabor..hehehe lagipun doc nasihatkan aku jgn bnyk bergerak coz rahim aku belum kuat... lagipun kandungan aku baru masuk beberapa minggu ajek.. tak boleh bnyk bergerak nak2 aku pnh miscarriaged sblm ni kan... 


aku dan en.suami akur nasihat doc, aku mmg dijaga rapi oleh en.suami... tempoh kehamilan aku sama mcm ibu2 yg lain bila aku mula mabuk2, loya2, muntah2, pening2... ohhhh sungguh menyeksakan... 3 bulan pertama mmg aku tak lalu makan sungguh... dan pantang aku ialah bila tgok benda2 warna putih... dari air hinggalah ke nasi...mmg aku tak sentuh langsung...klu kat bilik air pulak aku tak boleh bau sabun, syampoo dan ubat gigi... aduiii tapi demi anak yg dikandung aku lalui juga... 


then bila kandungan dah masuk ke 5 bulan wahhhhhhh masa ni selera makan bertambah2 berganda2... gilalah klu makan tak bertambah... dah handbag bekalan sentiasa cukup... maklumlah makan berdua ye dak...hahhahaaa... tapi aku sedih sbb yelah aku duk di jerantut en.suami keje di Temerloh so ada masa aku kenalah berdikari sorg2... masa tu aku dah terpikir nak balik ke Temerloh... tak sanggup rasanya duk jauh2 dgn keadaan aku yg mcmtu... 


aku rela ulang alik dgn bas dari aku duk jauh dengan en.suami... aku ingat lagik masa kandungan aku 6-7 bulan aku ulang alik dgn bas dari Temerloh ke Jerantut... pagi pukul 6.30 aku dah ada di bus stand... then petang balik pukul 5 aku naik bas balik ke Temerloh semula... aku rela asalkan aku tak jauh dgn en.suami.. org tua aku bukan tak bising tapi aku pekakkan ajer.. en.suami bukan tak mahu hantar dan ambil aku cuma aku yg tak bagi... kesian pulak bila en.suami terpaksa balik semula ke Temerloh lepas tu ptg dtg semula jemput... aku dah biasa berdikari dari kecil...benda2 mcmni small matter lah...hhehehheeeee


dan Alhamdulillah semasa kandungan aku nak masuk 8 bulan aku ditukarkan ke Temerloh.... seronok beronok2 aku... 

Comments

Popular Posts